Friday, June 17, 2011

KELAHIRAN VS KEMATIAN

hai semua...
sedikit pengalaman untuk dikongsi iaitu 2 perkara iaitu,pertama:


KELAHIRAN

alhamdulillah pada 8 jun minggu lepas aku sudah genap 20 tahun.
trimas kepada semua yang mengucapkan selamat kelahiran kepada aku termasuk melalui SMS mahupun F.B.
antara ucapan yang aku nak highlight kat sini antaranya:

1) semoga panjang umur,murah rezki...(like3!)
2) semoga menjadi matang dan rasional dalam membuat keputusan...(uke!akan diusahakan)
3) kurangkan2 mengumpat!....(eh,aku ske ngumpat ke?aha6..uke,usaha tuk kurangkan tp kalu hapus semua sgt menipu!)
4) happy selalu & cepat dpt jodoh...(aha6..masih awal tuk semua itu..hehe)

uke,cukup kat situ. perkara kedua ialah:

KEMATIAN

Pada hari kelahiran aku juga,aku dikejutkan dengan atuk perempuan iaitu emak kepada mak aku telah sakit. Dia telah pengsan di kedai makan dan perlu dibedah kerana paras tekanan darahnya tinggi dan telah berkumpul di dalam otak. Agak terkejut dengan berita itu kerana atuk sebelum ini x pernah mengadu sebarang sakit. Ya, atuk memang seorang yang tabah.
Atuk dihantar di Hospital Parit Buntar namun pihak hospital tak boleh nak operate coz tak cukup alatan, hantar ke hospital Taiping. Namun,pihak hospital pon xleh wat juga, so kena hantar ke hospital Ipoh. Mujur pak cik dan acu ada (adik mak aku). Di hospital Ipoh, aku, ayah dan adik datang melawat. Atuk dalam wad kecemasan. Dalam keadaan koma. Kesian kat mak yang tengah stadi kat Maktab Penang. Sok ada paper nak exam!. Aku taw mak sangat risau!.Lama menunggu di sana c0z doktor2 tengah discuss bahagian otak yang perlu dioperate. X lame pas2 doktor dtg dan cakap, atuk perlu dibedah malam ni juga namun peluang 50/50,tp kalu x bedah atuk akan pergi. Sangat terkejut. Semua setuju untuk atuk dibedah. Tapi, x lama pas2, doktor dtg dan cakap atuk da x boleh dibedah c0z tekanan darah yang sangat rendah pulak. Uh!semua terdiam, tak boleh buat pape. Sangat sedih. Akhirnya, atuk dihantar semula ke hospital Taiping dengan ambulans.
                                                     atuk dihantar semula ke hospital Taiping

9 JUN 2011

Atuk menghembuskan nafas terakhir dalam  pukul 8 pagi. Mak yang tengah exam, memang xdiberitahu oleh ayah dan pak cik. Kami semua pulang ke kampung di Kuala Kurau. Semua berjalan dengan lancar.


 
atuk dikafankan dengan wajahnya berseri..alhamdulillah


dalam van jenazah ngn mak dan acu


kubur atuk tuk disemadikan

jenazah atuk..

atuk dikebumikan

mak menyiram air ke kubur atuk

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Atuk pergi tanpa diduga dan semuanya terjadi sekelip mata. Atuk pergi selepas 50 hari tok wan pergi. Hari mereka pergi juga sama iaitu hari khamis. Masa juga lebuh kurang sama iaitu sekitar 8 pagi. Tempat mandi jenazah juga tok wan yang last kat kg. tu. X sangka atuk pulak orang seterusnya. Mereka memang suami isteri yang baik. Atuk memang seorang isteri yang sangat taat kepada Tok wan. alhamdulillah, kubur atuk depan kubur tok wan. Memamg rezeki atuk.Sekarang aku dah xde sape tuk balik kampung. dah xdpt rase lagi roti canai, lepat manis dan masakan yang atuk buat. Memang sedap!Semoga mereka ditempatkan digolongan orang beriman!...

REFLEKSI

Setiap yang hidup pasti akan mati. Ingatlah dunia hanya sementara dan akhirat la kita akan berda selamanya.. ingatlah, pabila mati nya seotrang anak adam, maka terputuslah amalan dan hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..




p/s: Hari itu juga,  aku dpt thu, sir wan zul azmi sudah meninggal akibat penyakit T.B. Belaiu merupakan guru bahasa Inggeris aku kat Semesti dulu..Takziah buat keluarganya..

SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH KEPADA MEREKA...

2 comments:

  1. sabo ye c.a...paling2, uci ade lg,,,

    ReplyDelete
  2. takziah pokdin

    btw, dh kembali berblogging. bagos!

    ReplyDelete